Wednesday, February 17, 2010

my heart belong to you..



Puas sudah,
kucari kebahagiaan,
Di sisi teman-teman,
kudapat hanya kelalaian…
Ku cari lagi,
di hati seorang kekasih,
cuba memberi kasih sayang,
cuba memahami erti berkasih sayang,
namun,
dalam meniti hari,
kudapat hanya kekecewaan,

Oh,
di mana lagi harus ku mencari,
membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan,
Aku masih tidak mengerti…
Yang pasti,
kekosongan hati ini minta diisi,
sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yang merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan…

“Ku sedar,
destinasi pendirianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Dari sinar cahaya iman”…
Segalanya kupasrah padamu Tuhan,
ku serahkan segala cintaku pada mu Ya Rabbi’
Jika cinta pada kekasih kembali,
ku hanya harapkan,
Cintanya padaku hanya kerana mu jua Ya Rabbi’…

No comments:

Post a Comment